29 November 2012

VIDEO UNTUK HARI INI-- PEMBANGUNAN TIDAK MESRA ALAM

 
Pembangunan yang pesat melambangkan kemajuan negara kita  mencapai tahap yang lebih tinggi lagi. Namun begitu, pembangunan yang tidak terkawal dan tidak mesra alam akan memusnahkan keindahan alam semulajadi dan akhirnya membawa padah kepada manusia dan benda-benda hidup lain di alam sekitar. Kemusnahan alam-satu kerugian untuk semua.
 
 
 
 

27 November 2012

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR


PERUBAHAN CUACA AKIBAT PEMANASAN GLOBAL





MARI KITA LIHAT APA YANG TERJADI!!


Setiap kejadian pencemaran yang akan memudaratkan bumi  kita adalah akibat daripada sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Untuk menyelamatkan bumi kita, kita haruslah bersama-sama untuk memelihara dan memulihara alam kita.

26 November 2012

PRIHATIN TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR

BENCANA ALAM

Bencana alam yang dashyat mengakibatkan kematian dan kerugian yang menggegarkan hati seluruh warga  bumi ini. Hargailah alam semulajadi sebelum tragedi ini berlaku di negara kita.

20 November 2012

GLOBAL WARMING

Suhu permukaan bumi yang semakin meningkat akan membawa kepada kesan-kesan negatif yang bakal memudaratkan alam kita.

14 November 2012

KESAN PENCEMARAN

Pencemaran udara
Pencemaran sungai

Kilang yang mengalirkan bahan buangan ke dalam sungai menyebabkan air sungai tercemar, berkeladak, keruh, dan tidak selamat diminum. Hidupan air juga menjadi pupus. Pembebasan asap tebal ke udara mengakibatkan udara yang dihidu tidak bersih dan boleh mendatangkan penyakit.
Jentera-jentera berat di tapak pembinaan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Bunyi yang kuat seperti itu boleh mengakibatkan gangguan kepada pendengaran kita jika didengar berterusan. Bunyi itu juga boleh mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kerosakan kepada gegendang telinga.
Kerja-kerja meratakan tanah mengakibatkan strukturnya tidak kukuh dan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku.
Sekiranya amalan-amalan ini tidak dikawal, negara akan menghadapi masalah pencemaran air, udara, bunyi dan alam yang serius. Kesihatan rakyat sentiasa terganggu. Hidupan laut dan darat kian pupus. Para pelancong tidak lagi berkunjung ke Malaysia. Akhirnya, ekonomi Malaysia akan merosot.


08 November 2012

TANGISAN ALAM

Tengah malam pungguk berlagu,
Buat menghiburkan gadis jelita;
Keselesaan diri kini diganggu,
Sampah yang busuk merata-rata.
Indah sungguh tiada terbilang,
Si cantik puteri amat mengagumkan;
Kejernihan airku makin menghilang,
Sisa toksik telah mencemarkan.
Masuk ke hutan burung dipikat,
Burung dijual di tengah pekan;
Aliran airku telah disekat,
Bencana banjir terpaksa kuberikan.
Anak desa berdondang sayang,
Ikut tarian sambil berdendang;
Seluruh hidupan telah pun hilang,
Hanya kesepian datang bertandang.
Pagi-pagi memetik kuini,
Buat hidangan para tetamu;
Ingatlah selalu pesanku ini,
Rosak diriku, bencana padamu.