Pembangunan yang pesat melambangkan kemajuan negara kita mencapai tahap yang lebih tinggi lagi. Namun begitu, pembangunan yang tidak terkawal dan tidak mesra alam akan memusnahkan keindahan alam semulajadi dan akhirnya membawa padah kepada manusia dan benda-benda hidup lain di alam sekitar. Kemusnahan alam-satu kerugian untuk semua.
29 November 2012
27 November 2012
MARI KITA LIHAT APA YANG TERJADI!!
Setiap kejadian pencemaran yang akan memudaratkan bumi kita adalah akibat daripada sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Untuk menyelamatkan bumi kita, kita haruslah bersama-sama untuk memelihara dan memulihara alam kita.
26 November 2012
BENCANA ALAM
20 November 2012
GLOBAL WARMING
Suhu permukaan bumi yang semakin meningkat akan membawa kepada kesan-kesan negatif yang bakal memudaratkan alam kita.
14 November 2012
KESAN PENCEMARAN
Pencemaran udara |
Pencemaran sungai |
Kilang yang mengalirkan bahan buangan ke dalam sungai menyebabkan air sungai tercemar, berkeladak, keruh, dan tidak selamat diminum. Hidupan air juga menjadi pupus. Pembebasan asap tebal ke udara mengakibatkan udara yang dihidu tidak bersih dan boleh mendatangkan penyakit.
Jentera-jentera berat di tapak pembinaan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Bunyi yang kuat seperti itu boleh mengakibatkan gangguan kepada pendengaran kita jika didengar berterusan. Bunyi itu juga boleh mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kerosakan kepada gegendang telinga.
Kerja-kerja meratakan tanah mengakibatkan strukturnya tidak kukuh dan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku.
Sekiranya amalan-amalan ini tidak dikawal, negara akan menghadapi masalah pencemaran air, udara, bunyi dan alam yang serius. Kesihatan rakyat sentiasa terganggu. Hidupan laut dan darat kian pupus. Para pelancong tidak lagi berkunjung ke Malaysia. Akhirnya, ekonomi Malaysia akan merosot.
08 November 2012
TANGISAN ALAM
Tengah malam pungguk berlagu,
Buat menghiburkan gadis jelita;
Keselesaan diri kini diganggu,
Sampah yang busuk merata-rata.
Indah sungguh tiada terbilang,
Si cantik puteri amat mengagumkan;
Kejernihan airku makin
menghilang,
Sisa toksik telah mencemarkan.
Masuk ke hutan burung dipikat,
Burung dijual di tengah pekan;
Aliran airku telah disekat,
Bencana banjir terpaksa
kuberikan.
Anak desa berdondang sayang,
Ikut tarian sambil berdendang;
Seluruh hidupan telah pun hilang,
Hanya kesepian datang bertandang.
Pagi-pagi memetik kuini,
Buat hidangan para tetamu;
Ingatlah selalu pesanku ini,
Rosak diriku, bencana padamu.