31 December 2012

SYAIR CINTAI ALAM SEKITAR--LANGIT DI TANGAN



Aduhai adikku kakak berpesan,
 Kelak dirimu jadikan panduan,
 Cintailah keindahan jaga kebersihan,
 Persekitaran indah tiada pencemaran.
 
 Kempen kebersihan bersama dihayati,
 Udara nyaman pasti dinikmati,
 Sihat badan wajah berseri,
 Negara aman hidup harmoni.
 
Jadilah warga bertimbang rasa,
 Kepada alam membuat jasa,
 Tanah dan tumbuhan dipelihara,
 Kerosakan tiada bumi sejahtera.
 
Air sungai mengalir damai,
 Ombak  berlagu memukul pantai,
 Unggas bernyanyi suasana permai,
 Di hari minggu kita bersantai.
 
Jerebu berleluasa melanda negara,
 Kebakaran dan kilang punca angkara,
 Lapisan ozon semakin derita,
 Tanamkan kesedaran atasi segera.
 
Amalan meludah membuang sampah,
 Mengotorkan sekitar mesti ditegah,
 Menghisap rokok menagih dadah,
 Perbuatan yang buruk perlu ditegah
 
.
 
 
 
Dipetik daripada :(Rafe’ah A. Rahman, Langit di Tangan, 1995  DBP)

HAYATILAH LAGU " HIJAU " DARI ZAINAL ABIDIN


MARILAH CUBA TEKA-TEKI OBJEK ALAM SEMULAJADI

TEKA-TEKI 1

Kalau puan, puan cerana
Ambil gelas di dalam peti
Kalau tuan bijaklaksana

Binatang apa tanduk di kaki?

 
TEKA-TEKI 2

Jika ke kedai pergi berbelanja

Belikan saya sudu dan senduk

Jika pandai katakan ia

Semakin berisi semakin menunduk

 
TEKA-TEKI 3

Kelip-kelip kusangka api

Kalau api mana asapnya

Hilang ghaib disangkakan mati

Kalau mati mana kuburnya?
 
 
                                                                  JAWAPAN:1. AYAM  2.PADI  3.KILAT

TANGGUNGJAWAB MANUSIA DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama melakukan sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang indah ini. Persoalannya hanya adakah kita sudah bersedia dan sanggup lakukan atau tidak? Sampai ke tahap mana kita boleh lakukan? Kita seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak wajar dan apakah kesannya kepada alam sekitar kita.

Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju menjalankan kerja dan pembangunan mereka dengan mengambil kira dan mempertimbangkan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak memusnahkan alam sekitar. Misalnya, mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra alam untuk menjalankan kerja mereka.

Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas,tidak membeli rumah yang didirikan dalam kawasan hutan yang mana pihak pemaju menerokai hutan-hutan,menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan atau pembangunan. Hal ini kerana hanya kita sendiri yang boleh memilih sama ada hendak menetap di kawasan yang selesa dan selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat banyak tapak perlancongan di negara kita tercemar dan ia memberi impak yang besar kepada sektor perlancongan.

Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga kebersihan di dalam dan juga luar kawasan rumah mereka bagi memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan selamat ditinggal.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan alam sekitar.kita haruslah mengamalkan sikap seperti tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam sungai,longkang,sistem perparitan supaya tidak menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya membawa masalah-masalah seperti banjir dan sebagainya yang akan mencemari dan memusnahkan alam sekitar.

Selain itu,kita juga perlu melakukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram.Sungai dan laut akan tercemar dan alam sekitar juga musnah akibat daripada kegiatan pembalakan haram yang dijalankan secara besar-besaran tanpa menyedari kesan-kesan yang akan didatangi.Daripada kerja pembalakan haram tersebut,ia akan turut membawa kemusnahan kepada kebanyakan habitat semulajadi ikan tawar.Selain itu, aktiviti pembalakan juga memusnahkan habitat hutan dan seterusnya membawa kepada masalah seperti banjir, peningkatan suhu bumi,hakisan tanah dan sebagainya.

Perkara yang paling penting ialah sikap,pemikiran,kesedaran yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan, kepentingan alam sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai tersebut perlu dipupuk sejak kecil lagi oleh masyarakat.Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita daripada melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar.Kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar membolehkan kita menganggap akhlak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam sekitar sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita selama ini.

Disamping itu,proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita juga diperlukan.Kita harus memastikan mesej yang jelas mengenai apa-apa maklumat yang betul disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita.

PENTINGNYA PEMBANGUNAN TERANCANG


Pembangunan dapat menjamin peningkatan taraf hidup masyarakat. Kemajuan sains dan teknologi dipratikkan dari semasa ke semasa agar manusia dapat hidup dengan kualiti hidup yang lebih baik. Dalam usaha meningkatkan kualiti hidup, manusia menggunakan sumber semula jadi dan juga perlu mengubah alam sekitarnya. Pembangunan adalah satu proses fizikal yang merangkumi usaha manusia dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan kualiti hidupnya. Aktiviti-aktiviti pembangunan secara tidak langsung telah mempengaruhi keadaaan alam sekitar. Pembukaan tanah hutan untuk pertanian, seperti Rancangan Tanah Felda bertujuan untuk meningkatkan ekonomi sesebuah negara di samping memenuhi keperluan tersebut.
Pendapatan petani akan meningkat apabila hasil pertanian meningkat. Kawasan industri baru dibangunkan untuk menghasilkan pelbagai barangan keperluan manusia.Di Malaysia, industri dan teknologi maklumat sedang pesat berkembang. Kemajuan dalam industri dan pertanian memerlukan infrasrtruktur seperti lebuhraya dan jalanraya yang lebih baik. Lebuhraya akan memudahkan pengangkutan hasil pertanian dan industri. Jarak antara dua tempat dapat didekatkan. Pembukaan tanah untuk kawasan perumahan terutama sekali di kawasan sekitar bandar adalah satu aktiviti manusia yang pesat dijalankan. Ini adalah untuk menampung pertambahan bilangan penduduk yang wujud apabila peluang pekerjaan ada akibat pertumbuhan ekonomi. Aktiviti perlombongan juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan. Malaysia kaya dengan sumber galian seperti bijih timah, petrolem dan kuprum. Galian-galian ini banyak menyumbankan kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Pertumbuhan industri yang pesat telah menyebabkan permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat. Penjana hidroelektrik dibina untuk menampung permintaan yang meningkat. Air ditakung oleh empangan yang merupakan sumber tenaga yang murah. Empangan juga dibina di kawasan tadahan air untuk keperluan industri dan domestik.

Tetapi, apakah yang akan berlaku sekiranya pembangunan berlaku secara tidak terancang ?
 
Pembangunan adalah untuk tujuan yang baik, namun pembangunan yang tidak terancang akan membawa kesan buruk seperti banjir, perubahan iklim, dan pencemaran. Banjir sering berlaku di Malaysia. Banjir boleh memusnahkan tanaman, harta benda dan nyawa. Tanah di kawasan-kawasan tadahan air memerlukan perlindungan yang lazimnya disediakan oleh pokok. Ini adalah penting untuk mengelakkan banjir kerana penyerapan air oleh akar pokok boleh mengawal saliran air di permukaan. Pembangunan dan pembalakan menjejaskan sistem saliran air ini. Hakisan tanah terdedah yang disebabkan oleh perlombongan akan mencetekkan sungai dan menyebabkan berlakunya banjir. Bahan pepejal seperti debu dan habuk di atmosfera pula akan memantulkan tenaga haba dari matahari. Pembangunan tidak terancang boleh mengubah kandungan karbon dioksida dan bahan pepejal di atmosfera. Peningkatan suhu atmosfera akan mempengaruh9i keadaan angin. Akibatnya, taburan hujan dipengaruhi dan hal ini telah memberi kesan ke atas iklim.
Pokok yang ditebang secara meluas akan mendedahkan bumi kepada agen-agen hakisan. Di Malaysia, hujan merupakan agen utama yang melinggarkan struktur tanih dan seterusnya mengakibatkan hakisan. Perlombongan juga akan mendedahkan tanah kepada hakisan. Hakisan akana mengubah rupa bentuk fizikal sesuatu kawaasan dan mengganggu ekosistemnya. Salah satu lagi kesan pembangunan ialah pencemaran. Semua pembangunan yang tidak terancang akan mengubah kualiti alam sekitar. Hakisan tanah menambahkan kelodak dalam sungai. Sisa pepejal, cecair dan gas daripada kilang-kilang mencemarkan udara dan air. Kuari pula menghasilkan debu, perlombongan pula menghasilkan sisa logam beracun dalam sungai atau kolam. Kawsasan pembinaan, kilang-kilang, dan kenderaan merupakan punca pencemaran bunyi. Kesimpulannya, perancangan sesuatu projek pembangunan untuk meningkatkan kualiti hidup adalah amat penting dan harus dijalankan dengan teliti dan teratur supaya alam sekitar dapat dijaga.

ADAKAH ANDA SEDAR BAHAWA PLASTIK MEMBAWA BENCANA KEPADA ALAM SEKITAR ?

 

 
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengurus buangan seperti ini?
 
Seorang pembaca Utusan Malaysia, menulis kepada akhbar ini pada Disember tahun lepas yang kandungannya antara lain mencadangkan supaya pengguna mengubah tradisi penggunaan beg plastik kepada beg kertas.

Beliau yang menggunakan nama samaran Surat Khabar Lama memberi alasan, bahan plastik lambat untuk hancur.
''Saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji dengan teliti bagi menggunakan beg kertas dalam usaha menghapuskan penggunaan beg plastik. Langkah ini juga akan membantu kita mengawal pencemaran alam sekitar akibat buangan plastik yang tidak hancur."
Demikian saranan pembaca dari Teluk Intan Perak itu.

Kata-kata beliau disokong oleh ramai antaranya penyelidik berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) serta seorang personaliti yang telah lama membantu dalam kempen penjagaan alam sekitar.

30 December 2012

PEMBANGUNAN YANG PESAT TELAH MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pembangunan dunia yang berkembang dengan pesat telah menyebabkan alam sekitar tercemar. Pencemaran ini boleh memudaratkan kesihatan. Kilang-kilang yang mengeluarkan asap telah mencemarkan udara. Selain itu, kenderaan-kenderaan turut mengeluarkan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan sistem pernafasan terganggu dan memudaratkan kesihatan manusia.

Sungai-sungai juga turut dicemari. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS), kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih.

Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Pencemaran sungai terus meningkat disebabkan oleh sisa-sisa pembuangan industri dan bahan-bahan toksik. Ia menyebabkan hidupan akuatik terjejas.
 
Begitu juga dengan tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hidupan akuatik seperti ikan merupakan sumber protein yang penting kepada manusia. Jika sumber ini tercemar, maka manusia akan menghadapi masalah kekurangan sumber protein. Kekurangan protein dalam badan pula akan menyebabkan kesihatan manusia terganggu.

Pembuangan sampah-sarap oleh orang ramai dan perbuatan membiarkan longkang-longkang tersumbat serta bertakung amat membahayakan kesihatan manusia. Ini akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes, kuman dan bakteria seterusnya membawa penyakit seperti panyakit taun dan demam denggi.

Oleh sebab alam sekitar yang bersih dan ceria amat penting, maka pelbagai langkah yang berkesan harus diambil oleh pihak berkuasa. Antaranya ialah undang-undang harus diperketat supaya sektor industri akan memastikan kebersihan persekitaran. Kempen-kempen kesedaran juga hendaklah dijalankan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan alam sekitar. Denda atau hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada pihak yang mencemarkan alam sekitar tanpa memilih bulu. Ingatlah bahawa kesilapan yang dilakukan oleh manusia akan ditanggung oleh manusia itu sendiri. Oleh itu setiap individu di bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab bagi menjamin kebersihan alam sekitar.

14 December 2012

JAWAPAN

1) Cuba senaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang
akan memudaratkan bumi kita.

a)pencemaran udara

b)pencemaran air

c)pencemaran bunyi



2) Cuba senaraikan tiga faktor yang menyebabkan kejadian
pencemaran alam sekitar.

a)pembuangan sampah sarap

b)pembebasan asap

c)sikap manusia yang tidak bertanggungjawab

Selamat Mencuba.Jawapan akan diberi pada hari berikut.




13 December 2012

AKTIVITI HARI INI --- MARILAH CUBA LATIH TUBI

1) Cuba senaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang
    akan  memudaratkan bumi kita.

a)_________________________

b)_________________________

c)__________________________



2) Cuba senaraikan tiga faktor yang menyebabkan kejadian
     pencemaran alam sekitar.

    a)_____________________________

    b)_____________________________

    c)_____________________________

 
Selamat Mencuba.Jawapan akan diberi pada hari berikut.




12 December 2012

VIDEO UNTUK HARI INI -- PROSES KITAR SEMULA UNTUK SELAMATKAN BUMI KITA

Marilah kita bersama-sama bergiat aktif dalam aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan sebagai satu usaha untuk selamatkan bumi kita. Kerjasama seluruh warga bumi amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini.

11 December 2012

VIDEO UNTUK HARI INI -- KESAN HUJAN ASID


 

KEJADIAN HUJAN ASID AKAN MEMBAWA PELBAGAI KESAN NEGATIF. BANGUNAN-BANGUNAN AKAN DIHAKIS, AIR SUNGAI TERCEMAR DAN TIDAK SELAMAT UNTUK DIMINUM, MAKANAN KERACUNAN DAN MENYEBABKAN KESIHATAN MANUSIA TERJEJAS.

05 December 2012

VIDEO HARI INI - KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR


INSAFLAH SEBELUM TERLAMBAT
SEDARLAH AKAN KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR
SEBELUM BUMI YANG INDAH INI MUDARAT
AKIBAT SIKAP MANUSIA YANG TIDAK MENCINTAI ALAM