31 December 2012

SYAIR CINTAI ALAM SEKITAR--LANGIT DI TANGAN



Aduhai adikku kakak berpesan,
 Kelak dirimu jadikan panduan,
 Cintailah keindahan jaga kebersihan,
 Persekitaran indah tiada pencemaran.
 
 Kempen kebersihan bersama dihayati,
 Udara nyaman pasti dinikmati,
 Sihat badan wajah berseri,
 Negara aman hidup harmoni.
 
Jadilah warga bertimbang rasa,
 Kepada alam membuat jasa,
 Tanah dan tumbuhan dipelihara,
 Kerosakan tiada bumi sejahtera.
 
Air sungai mengalir damai,
 Ombak  berlagu memukul pantai,
 Unggas bernyanyi suasana permai,
 Di hari minggu kita bersantai.
 
Jerebu berleluasa melanda negara,
 Kebakaran dan kilang punca angkara,
 Lapisan ozon semakin derita,
 Tanamkan kesedaran atasi segera.
 
Amalan meludah membuang sampah,
 Mengotorkan sekitar mesti ditegah,
 Menghisap rokok menagih dadah,
 Perbuatan yang buruk perlu ditegah
 
.
 
 
 
Dipetik daripada :(Rafe’ah A. Rahman, Langit di Tangan, 1995  DBP)

No comments:

Post a Comment