Click here for more graphics and gifs!Click here for more graphics and gifs!Click here for more graphics and gifs!Click here for more graphics and gifs!Click here for more graphics and gifs!Click here for more graphics and gifs!

31 December 2012

TANGGUNGJAWAB MANUSIA DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama melakukan sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang indah ini. Persoalannya hanya adakah kita sudah bersedia dan sanggup lakukan atau tidak? Sampai ke tahap mana kita boleh lakukan? Kita seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak wajar dan apakah kesannya kepada alam sekitar kita.

Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju menjalankan kerja dan pembangunan mereka dengan mengambil kira dan mempertimbangkan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak memusnahkan alam sekitar. Misalnya, mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra alam untuk menjalankan kerja mereka.

Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas,tidak membeli rumah yang didirikan dalam kawasan hutan yang mana pihak pemaju menerokai hutan-hutan,menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan atau pembangunan. Hal ini kerana hanya kita sendiri yang boleh memilih sama ada hendak menetap di kawasan yang selesa dan selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat banyak tapak perlancongan di negara kita tercemar dan ia memberi impak yang besar kepada sektor perlancongan.

Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga kebersihan di dalam dan juga luar kawasan rumah mereka bagi memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan selamat ditinggal.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan alam sekitar.kita haruslah mengamalkan sikap seperti tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam sungai,longkang,sistem perparitan supaya tidak menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya membawa masalah-masalah seperti banjir dan sebagainya yang akan mencemari dan memusnahkan alam sekitar.

Selain itu,kita juga perlu melakukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram.Sungai dan laut akan tercemar dan alam sekitar juga musnah akibat daripada kegiatan pembalakan haram yang dijalankan secara besar-besaran tanpa menyedari kesan-kesan yang akan didatangi.Daripada kerja pembalakan haram tersebut,ia akan turut membawa kemusnahan kepada kebanyakan habitat semulajadi ikan tawar.Selain itu, aktiviti pembalakan juga memusnahkan habitat hutan dan seterusnya membawa kepada masalah seperti banjir, peningkatan suhu bumi,hakisan tanah dan sebagainya.

Perkara yang paling penting ialah sikap,pemikiran,kesedaran yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan, kepentingan alam sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai tersebut perlu dipupuk sejak kecil lagi oleh masyarakat.Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita daripada melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar.Kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar membolehkan kita menganggap akhlak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam sekitar sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita selama ini.

Disamping itu,proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita juga diperlukan.Kita harus memastikan mesej yang jelas mengenai apa-apa maklumat yang betul disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita.

No comments:

Post a Comment